Di Gala “AI for All: China-ASEAN” yang baru-baru ini diadakan di Nanning, Guangxi, sebuah drama mikro bertemakan Kemboja yang dihasilkan oleh AI telah menarik perhatian. Karya ini, dengan pelakon digital yang sangat realistik dan babak-babak yang kaya dengan budaya tempatan, memberikan pengalaman visual yang sukar dibezakan daripada realiti. Ia juga menunjukkan laluan baharu dan potensi besar teknologi AI China dalam bidang kandungan budaya dan kerjasama antarabangsa.
Pertandingan inovasi “AI for All: China-ASEAN” melabuhkan tirai dengan rasminya pada petang 26 Disember, dalam satu majlis yang dihoskan oleh Kerajaan Rakyat Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di Universiti Guangxi, Nanning.
Gala “AI for All: China-ASEAN” yang diadakan pada 26 Disember di Nanning, wilayah Guangxi, membawa pelbagai produk AI baru melalui pendekatan syarikat berpandukan model “R&D di Beijing, Shanghai dan Guangzhou, Integrasi di Guangxi, Aplikasi di ASEAN”.
Pertandingan Undangan Tarian Hip-Hop Robot Manusia Antarabangsa Pertama 2025 bakal diadakan pada 27 Disember, dengan penyertaan sebanyak 16 pasukan.
Susulan tamatnya pusingan akhir Pertandingan Aplikasi Inovasi AI+e-Sukan 2025 pada 24 November lalu, sekumpulan projek yang menggabungkan inovasi teknologi dan potensi pasaran menjadi tumpuan.
Pusingan akhir Pertandingan Aplikasi Inovasi Khidmat Kawal Selia Pasaran yang diadakan di Nanning, Guangxi baru-baru ini, mengundang penglibatan pasukan peserta dari China dan negara-negara ASEAN.
Pertandingan Inovasi Digital untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Guangxi-ASEAN melabuhkan tirainya di Yulin, Guangxi dengan kejayaan cemerlang apabila 15 projek dinobatkan sebagai pemenang daripada 30 finalis yang menyertai pusingan akhir.
Jawatankuasa Guangxi Liga Belia Komunis China baru-baru ini memperkenalkan pelan tindakan “AI+Pembangunan Belia” bersama-sama 11 jabatan lain termasuk Pentadbiran Hal Ehwal Ruang Siber Jawatankuasa Parti Wilayah Guangxi serta Persatuan Sains dan Teknologi Guangxi.
Wilayah Guangxi giat memacu pembangunan senario aplikasi kecerdasan buatan (AI) bagi memperkasa pelbagai sektor industri dan memperkukuh integrasi teknologi AI dengan ekonomi sebenar, lapor Guangxi Daily.
Guangxi terus melangkah ke hadapan dalam sektor teknologi, terbukti dengan kapasiti pusat datanya yang meningkat secara berterusan.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ©2025 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang