- Lain-lain
IMF Semak Turun Unjuran KDNK Global 2023
(CRI)Sabtu 08 Oktober 2022
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) akan menyemak turun unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global 2023 pada minggu depan, memandangkan risiko kemelesetan ekonomi terus meningkat.
Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva berkata negara-negara yang menyumbang satu pertiga daripada ekonomi global dijangka mengalami penguncupan ekonomi untuk sekurang-kurangnya dua suku berturut-turut pada tahun ini atau tahun depan.
Beliau turut menggesa supaya bank pusat pelbagai negara terus bertindak menangani masalah inflasi tinggi walaupun pertumbuhan ekonomi dalam keadaan lembap.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ©2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang