Ekonomi Singapura Berkembang 4.4 Peratus

(CRI)Jumaat 14 Oktober 2022

Ekonomi Singapura meningkat 4.4 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga (S3) 2022, kata Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) republik itu, hari ini.

Menurut MTI, angka itu lebih tinggi berbanding jangkaan awal, namun lebih rendah daripada paras 4.5 peratus yang direkodkan pada S2.

Pada asas pelarasan musim suku ke suku, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Singapura berkembang sebanyak 1.5 peratus selepas menguncup 0.2 peratus pada suku kedua.

Gaya Hidup