Rishi Sunak Jadi PM Britain

(CRI)Selasa 25 Oktober 2022

Rishi Sunak yang terpilih sebagai ketua Parti Konservatif Britain akan dilantik sebagai Perdana Menteri negara itu pada hari ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan pada Isnin telah memaklumkan prosedur tentang penyerahan jawatan Perdana Menteri.

Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri sekarang, Elizabeth Truss akan menyampaikan ucapan di Downing Street pada pagi Selasa, sebelum pergi ke Istana Buckingham untuk menghadap Raja Charles III.

Selepas itu, Rishi Sunak akan menghadap Raja Charles III di Istana Buckingham, dan dilantik menjadi Perdana Menteri Britain secara rasmi.  

Gaya Hidup