Ribut Musim Sejuk Terus Melanda AS, 63 Maut

(CRI)Rabu 28 Disember 2022
Ribut Musim Sejuk Terus Melanda AS, 63 Maut

Beberapa kawasan di Amerika Syarikat (AS) mengalami cuaca ekstrem seperti ribut salji dan angin kencang sejak ribut musim sejuk mula membadai negara itu pada 22 Disember.

Sehingga 27 Disember waktu tempatan, cuaca ekstrem itu telah meragut sekurang-kurangnya 63 nyawa.

Di samping itu, lebih 2,800 penerbangan terpaksa dibatalkan pada Selasa. Jalan-jalan di beberapa kawasan diliputi salji tebal, dan perjalanan penumpang terjejas.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan