Bahrain, Qatar Pulih Hubungan Diplomatik

(CRI)Khamis 13 April 2023

Bahrain dan Qatar memulihkan hubungan diplomatik secara rasmi pada Rabu.

Demikian keputusan dicapai dalam mesyuarat perwakilan kedua-dua negara di Sekretariat Majlis Kerjasama Teluk (GCC) di Riyadh, ibu negara Arab Saudi semalam.

Kedua-dua pihak bersepakat memperkembang hubungan bilateral dan memperkasa perpaduan dalaman GCC berdasarkan prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu serta peraturan yang tercantum dalam Pengumuman Hubungan Diplomatik Vienna, dan berpandukan kesamarataan serta prinsip saling menghormati kedaulatan dan kemerdekaan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan