Rakyat Jepun Berhimpun Bantah G7

(CRI)Isnin 17 April 2023

Persidangan Menteri Luar G7 selama tiga hari diadakan di Nagano-ken, Jepun pada Ahad. Penduduk tempatan berhimpun di sekitar venue persidangan, membantah blok itu.

Menurut laporan Agensi Berita Kyodo, agenda persidangan menteri luar G7 tersebut termasuk krisis di Ukraine, situasi di Semenanjung Korea, dan pelucutan senjata nuklear.

Penduduk tempatan mengadakan perhimpunan, menjunjung slogan bertulis "menentang G7" dan "tak mahu perang".

G7 terdiri daripada Amerika Syarikat (AS), Britain, Perancis, Jerman, Itali, Kanada dan Jepun. Jepun ialah negara pengerusi bergilir G7 tahun ini, dan sidang kemuncak G7 akan diadakan di Hiroshima pada Mei.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan