PBB Zahirkan Kebimbangan 'Kebocoran Dokumen'

(CRI)Rabu 19 April 2023

Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric mengatakan pada Selasa, pihaknya secara rasmi menzahirkan kebimbangannya kepada Amerika Syarikat (AS) berhubung peristiwa 'kebocoran dokumen' melalui delegasi tetap AS.

Menurutnya, terdapat laporan yang mendakwa Setiausaha Agung dan pegawai kanan PBB dipantau dan diganggu oleh kerajaan AS. Langkah sedemikian tidak selaras dengan kewajipan AS sepertimana yang ditetapkan dalam Piagam PBB dan Konvensyen mengenai Hak Istimewa dan Kekebalan PBB.

Gaya Hidup