China Lancar Prob Asteroid 2025

(CRI)Khamis 27 April 2023

Setelah menamatkan misi penyelidikan dan pembangunan pasa fasa pertama, China bakal melancarkan prob "Tianwen-2" pada bulan Mei tahun 2025.

Menurut rancangan, "Tianwen-2" akan menyelidik salah satu planet minor dekat bumi dan akan membawa balik sampel berkaitan.

Ketua Reka Bentuk Projek Penyelidikan Satelit China, Zhang Tongqiao memaklumkan, penyelidikan terbabit menyasarkan planet minor 2016H03 yang sebesar 40 kali 100 meter sahaja, dan pengambilan sampel dilaksanakan di tempat sejauh 43 juta hingga 45 juta kilometer dari bumi.

Beliau berkata, ia merupakan sampel pertama yang diperoleh China antara planet.

Bagaimanapun, faktor ketiadaan graviti adalah kesulitan yang paling mencabar dalam penyelidikan asteroid kerana ia akan menghalang usaha memperlahankan prob ketika memasuki orbit, sekali gus menyukarkan aktiviti persampelan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan