LCS Tidak Sepatutnya Dijadikan Padang Memburu Kuasa Luaran

(CRI)Jumaat 05 Mei 2023

Di bawah usaha bersama negara-negara serantau, keseluruhan situasi Laut China Selatan (LCS) kekal stabil pada masa ini sedangkan tidak pernah wujud masalah tentang kebebasan pelayaran dan penerbangan di kawasan tersebut.

Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang media semalam menyatakan bahawa China menentang sekeras-kerasnya mana-mana negara pun mencampuri urusan LCS dan menjejaskan kedaulatan wilayah dan hak dan kepentingan maritim China beralasan perjanjian dua hala, seperti Perjanjian Pertahanan Bersama Amerika Syarikat-Filipina.

Mao menekankan bahawa rantau LCS adalah kampung halaman bersama bagi negara serantau, dan tidak sepatutnya dijadikan padang memburu bagi kuasa luaran. Negara serantau diharap kekal saling percaya, bersatu-padu dan bekerjasama untuk memastikan kedamaian dan kestabilan di rantau ini dan bertindak mandiri dalam menangani perselisihan dengan baik.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan