- Lain-lain
Buffett Kecam Dasar Kewangan AS
Pendedahan maklumat oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang kurang berkesan mengenai krisis perbankan di negara itu baru-baru ini telah menyukarkan pemulihan keyakinan pendeposit, kata Pengerusi Berkshire Hathaway, Warren Buffett dalam persidangan tahunan pemegang saham syarikat itu pada 6 Mei.
Beliau menyifatkan pendedahan maklumat oleh kerajaan mengenai krisis perbankan sebagai "sangat teruk".
Beliau turut mengutuk penghantaran mesej oleh ahli politik, institusi dan pihak media adalah teruk.
Ketika ditanya mengenai trend "penyahdolarisasi," Buffett memberi amaran terhadap pencetakan wang di AS.
Beliau menyatakan bahawa adalah mudah untuk mencetak banyak wang.
"Namun sekiranya syaitan dilepaskan dari botol, sukarlah untuk mengurung dia semula." ujar beliau.