Lagi Kejadian Tembakan di Dallas

(CRI)Selasa 09 Mei 2023

Hanya sehari selepas kes tembakan di kawasan komersial di Dallas yang menyebabkan 9 kematian dan 7 kecederaan, satu lagi kejadian tembakan berlaku di kawasan sama pada 7 Mei, mengakibatkan seorang terbunuh dan 2 lagi cedera.

Menurut laporan media tempatan, kejadian itu berlaku di dalam sebuah kereta api ekspres, apabila dua penumpang bertelingkah.

Setakat ini, penembak terbabit telah ditahan polis dan menghadapi beberapa pertuduhan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan