Qin Gang Perincikan Hasil Sidang Kemuncak China-Asia Tengah

(CRI)Isnin 22 Mei 2023

Kesepakatan untuk membentuk komuniti berkongsi nasib China-Asia Tengah yang lebih rapat antara hasil politik terpenting sidang kemuncak di Xi’an.

Menteri Luar China Qin Gang menyifatkan Sidang Kemuncak China-Asia Tengah edisi pertama sebagai peristiwa penting dalam sejarah hubungan kedua-dua pihak.

Dalam sidang kemuncak itu, pemimpin China buat pertama kalinya memperincikan dasar luar China mengenai Asia Tengah secara lengkap dan sistematik, yang turut mendapat penghargaan dan sahutan daripada pemimpin lima negara Asia Tengah.

Ia sekali gus memberi panduan kepada China dan Asia Tengah untuk membentuk komuniti berkongsi nasib yang lebih kukuh.

Sidang itu menyaksikan tujuh perjanjian pelbagai hala dan dua hala ditandatangani termasuk Deklarasi Xi’an dan Senarai Hasil Sidang Kemuncak China-Asia Tengah, serta lebih 100 dokumen kerjasama dalam pelbagai bidang.

Qin menegaskan bahawa kerjasama China-Asia Tengah tidak menyasarkan pihak ketiga atau tertakluk kepada kawalan mana-mana pihak. Ia menolak politik berkumpulan dan konfrontasi Perang Dingin, bukan sesuatu blok kecil yang eksklusif.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan