Xi Utus Tahniah Sidang Kemuncak Liga Arab

(CRI)Isnin 22 Mei 2023

Presiden China Xi Jinping menyampaikan perutusan tahniah kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud atas berlangsungnya Sidang Kemuncak Liga Arab ke-32 di Jeddah pada Jumaat.

Xi memuji ikhtiar Liga Arab untuk membina dunia Arab yang lebih kuat menerusi pengukuhan solidariti, dan mendorong keamanan, kestabilan dan pembangunan di rantau Asia Barat.

Xi berkata, beliau gembira melihat negara-negara Arab terus mengorak langkah dan beroleh pencapaian baharu dalam usaha mengukuhkan perpaduan dan memajukan diri.

Beliau turut menghargai sumbangan Arab Saudi terhadap kedamaian dan kestabilan Asia Barat.

Xi meluahkan hasrat ingin bersinergi dengan negara Arab untuk melaksanakan hasil Sidang Kemuncak China-Arab edisi pertama, melonjakkan perkongsian strategik ke tahap lebih tinggi, sekali gus menyingkap lembaran baharu ikatan muhibah.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan