- Lain-lain
China Johan Piala Sudirman 2023
(CRI)Isnin 22 Mei 2023
Dalam pertandingan akhir Piala Sudirman yang diadakan antara China dengan Korea Selatan di bandar Suzhou, China pada petang Ahad lalu, pasukan tuan rumah berjaya membawa pulang trofi juara setelah menang dengan 3-0. Ini merupakan kali ke-13 bagi China dinobatkan dalam temasya yang berprestij itu dan juga tiga kali berturut-turut kebelakangan ini.Dalam perlawanan acara beregu campuran, Zheng Siwei-Huang Ya Qiong mengalahkan Seo Seung Jae-Chae Yu Jung dengan 18-21, 22-20, 21-8.Dan dalam dua perlawanan berikutnya yakni acara perseorangan lelaki dan perseorangan wanita, Shi Yuqi menewaskan Lee Yun Gyuc dengan mata 21-13, 21-17 dan Chen Yufei membelasah An Se Young dengan 21-16, 22-20.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ©2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang