- Lain-lain
NCNCD China Dianugerah Hadiah Kesihatan Awam Antarabangsa
Dalam Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-76 yang diadakan di Geneva baru-baru ini, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Kronik dan Penyakit Tidak Berjakit (NCNCD) di bawah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China (CDC) telah dianugerah Hadiah Pengajian Mendorong Kesihatan Negara Kuwait, yang tersenarai dalam kategori hadiah kesihatan awam 2023 anjuran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Menurut perkenalan yang dibuat WHO, terdapat satu jabatan khas yang memfokuskan kesihatan warga emas yang beroperasi di bawah NCNCD yang ditubuhkan pada 2013. Yang merupakan antara langkah dan aktiviti NCNCD demi kesihatan warga emas di China adalah, mendorong penyebaran keilmuan kesihatan, meningkatkan keupayaan 2,000 orang staf perubatan kesihatan peringkat junior, mengeluarkan perkhidmatan kit peralatan perubatan bagi golongan warga emas, mengadakan kempen minggu promosi kesihatan untuk golongan warga emas, melaksanakan program baharu untuk lebih 500 ribu orang warga emas di bandar dan desa memperbaiki kesihatan mental dan sebagainya.
Untuk rekod, Hadiah Pengajian Mendorong Kesihatan Kuwait anjuran WHO bertujuan untuk menghargai individu, institusi dan badan bukan kerajaan yang membuat sumbangan cemerlang dalam mendorong kesihatan golongan warga emas.