Tempa ‘Tembok Besar Keluli’, Pertahan Sempadan Negara: Xi

(CRI)Isnin 12 Jun 2023

Presiden Xi Jinping mahukan pasukan tentera di sempadan negara terus mengasah keupayaan sehingga menjadi ‘tembok besar keluli’ dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan sepanjang kawasan sempadan.

Xi, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, membuat kenyataan itu semasa lawatan tinjauan terhadap kerja pengurusan dan kawalan sempadan serta pembangunan tentera sempadan di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam pada Rabu.

Ketika melawat komando Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China di wilayah itu, Xi memuji peranan anggota tentera dalam memastikan keselamatan dan kestabilan di sempadan utara negara.

Beliau mengarahkan supaya lebih banyak usaha diteruskan untuk meningkatkan lagi tahap kesiapsiagaan menerusi latihan intensif, serta memperkasa pengaplikasian teknologi maklumat dalam pertahanan dan kawalan sempadan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan