Presiden Palestin Dijadual Lawat China Minggu Depan

(CRI)Isnin 12 Jun 2023

Presiden Palestin Mahmoud Abbas dijadual mengadakan lawatan rasmi ke China bermula 13 hingga 16 Jun, atas jemputan Presiden Xi Jinping.

Jurucakap Kementerian Luar Wang Wenbin menyifatkan kunjungan itu memperlihatkan betapa tingginya taraf hubungan muhibah antara China dengan Palestin.

Selaku anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), China akan terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk melakukan yang terbaik dalam menggerakkan isu Palestin diselesaikan secara adil dan tuntas.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan