Larian Obor Universiade Bermula di Beijing

(CRI)Isnin 12 Jun 2023

Upacara larian obor Sukan Universiti Dunia (Universiade) edisi ke-31 bermula di Beijing Sabtu.

Larian itu dimulakan pada pukul 9.30, disertai seramai 31 orang pelari yang membawa obor berkenaan mengelilingi kampus Universiti Peking.

Seluruh kampus diselubungi suasana meriah apabila orang ramai turut hadir menyaksikan acara itu dan merasai bahang temasya sukan tersebut.

Difahamkan, selepas Beijing, larian obor akan diteruskan di Harbin, Shenzhen, Chongqing, Yibin dan Chengdu.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan