Wakil China Jelaskan Pendirian Mengenai Isu Sudan

(CRI)Selasa 20 Jun 2023

Kerajaan Sudan berusaha untuk melindungi hak asasi rakyat tempatan, mengekalkan kerjasama dengan organisasi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), walaupun situasi dalaman Sudan amat rumit. Ini patut diberi pengiktirafan dan pujian.

Wakil tetap China ke PBB dan pertubuhan antarabangsa lain di Geneva, Chen Xu berkata demikian ketika berucap pada sesi ke-53 Majlis Hak Asasi Manusia PBB mengenai isu Sudan pada Isnin.

Beliau menegaskan bahawa prinsip "diketuai dan dimiliki rakyat Sudah" perlu diamalkan untuk mewujudkan kedamaian dan kestabilan di negara itu, iaitu mencari cara penyelesaian melalui kaedah perundangan berdasarkan rakyat Sudan sendiri.

Chen menyatakan, China menyokong Kesatuan Afrika (AU) dan pertubuhan serantau yang lain terus memainkan peranan, manakala Majlis Hak Asasi Manusia perlu menyokong pertubuhan serantau memainkan peranan membina bagi mengelakkan situasi daripada menjadi lebih rumit.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan