Forum Selat ke-15 Lakar Hasil Memberangsangkan

(CRI)Rabu 28 Jun 2023

Forum Selat ke-15 merupakan acara interaksi kalangan rakyat yang berskala paling besar antara kedua-dua belah Selat Taiwan sejak 2020, dengan menarik penyertaan lebih 10,000 orang saudara setanah air termasuk 5,200 tokoh pelbagai lapisan masyarakat dari Taiwan.

Demikian dinyatakan jurucakap Pejabat Hal Ehwal Taiwan Dewan Negara China, Zhu Fenglian dalam taklimat media di Beijing hari ini.

Ketika merumuskan hasil utama forum tersebut, beliau berkata surat tahniah Presiden Xi Jinping kepada forum itu memperlihatkan komitmen untuk menggalakkan pertukaran dan kerjasama dalam bidang ekonomi dan budaya serta memperkasa pembangunan bersepadu rentas selat, dan membawa limpahan manfaat kepada saudara setanah air dari Taiwan.

Forum berkenaan turut memaparkan aspirasi masyarakat Taiwan terhadap kedamaian, pembangunan, interaksi dan kerjasama, selain menyaksikan inisiatif strategik dikemukakan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) untuk memacu pembangunan bersepadu antara provinsi Fujian dengan Taiwan.

Tambah beliau, forum tersebut juga memberi dorongan kepada interaksi dan kerjasama di kalangan masyarakat rentas selat.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan