China, PBB Senada Perkukuh Penyelarasan dan Kolaborasi

(CRI)Jumaat 30 Jun 2023

China teguh menyokong peranan utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam urusan global, selain komited mempraktikkan multilateralisme jitu dan mempertahankan norma asas hubungan antarabangsa berlandaskan Piagam PBB.

Demikian ujar Ketua Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Wang Yi ketika bertemu Timbalan Setiausaha Agung PBB Amina Mohammed di Beijing pada Khamis.

Wang turut meluahkan kesediaan China memperkukuh penyelarasan dengan pelbagai agensi PBB sehingga membentuk sinergi untuk menjayakan Agenda PBB 2030 bagi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) mengikut jadual.

Dalam pada itu, Amina menekankan perlunya perkongsian multilateral diperkukuh tatkala menghadapi pelbagai cabaran global.

PBB berharap terus memperkasakan kolaborasi dengan China dalam usaha melestarikan pembangunan, menangani perubahan iklim, mencegah dan mengawal penggurunan serta pendigitalan inovatif.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan