Aspirasi China terhadap Keamanan, Pembangunan Dijelmakan

(CRI)Jumaat 30 Jun 2023

Aspirasi China terhadap keamanan, pembangunan dan kerjasama saling untung dijelmakan menerusi penggubalan undang-undang hubungan luar negeri.

Undang-undang mengenai Hubungan Luar Negeri Republik Rakyat China diluluskan pada sesi ketiga Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 pada Rabu.

Menurut jurucakap Kementerian Luar Mao Ning, ia merupakan undang-undang asas pertama yang memperincikan dasar luar, prinsip dan pendirian serta sistem keinstitusian berkaitan hubungan China dengan dunia.

Mao berkata penggubalan undang-undang itu mencerminkan tekad dan komitmen China untuk mempertahankan kedaulatan serta kepentingan keselamatan dan pembangunan negara, dan menjunjung keadilan antarabangsa.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan