Keputusan NRA Diumum dalam Masa Terdekat

(CRI)Isnin 03 Julai 2023

Keputusan pemeriksaan Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Nuklear (NRA) Jepun terhadap peralatan berkaitan pelepasan air terawat daripada loji nuklear Fukushima ke laut akan diumumkan dalam tempoh seminggu terdekat ini.

Ia menandakan bahawa air sisa radioaktif berkenaan akan dibuang ke laut tidak lama lagi, yang turut menimbulkan bantahan keras daripada masyarakat tempatan.

Puluhan rakyat Jepun berhimpun di depan bangunan Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri (METI) di Tokyo untuk membantah rancangan melepaskan air terawat loji nuklear dan menggesa kerajaan supaya memikul tanggungjawab diamanahkan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan