Portal Sukan Asia ke-19 Hangzhou Dirasmikan untuk Penjualan Tiket

(CRI)Isnin 10 Julai 2023

Tiket untuk Sukan Asia ke-19 di Hangzhou mula dijual dalam talian semalam. Jualan tiket sebanyak 113,700 keping yang tersedia merangkumi acara angkat berat, kurash, tenis, renang segerak, lawan pedang, gusti, trampolin, golf, terjun, renang, tenis lembut dan daki batu.

Dimaklumkan, tiket untuk semua acara kecuali catur, catur antarabangsa, weiqi, bridge dan perahu layar, akan dijual secara berperingkat bermula Julai hingga Oktober. Pembeli yang berada di wilayah China boleh melayari laman sesawang https://ticket.hangzhou2022.cn, halaman H5, atau menggunakan aplikasi Alipay dengan mencari kata kunci "yayun".

Jualan tiket juga tersedia dalam pavilion di hadapan setiap venue bermula Ogos nanti. Sementara itu, pembeli yang berada di luar wilayah China boleh memilih perkhidmatan tiket melalui agensi yang terpilih.

Dimaklumkan, tiket untuk temasya sukan itu berharga antara RMB20 (RM13) hingga RMB1,000 (RM647), dengan lebih 60%nya berharga kurang dari RMB100 (RM65) dan harga puratanya kurang dari RMB160 (RM103).

Gaya Hidup

Berita Berkaitan