- Lain-lain
Sidang Menteri Luar ASEAN Ke-56
(CRI)Selasa 11 Julai 2023
Sidang Menteri Luar ASEAN ke-56 diadakan di Jakarta, Indonesia hari ini. Menteri luar dan pegawai kerajaan dari negara-negara ASEAN mengadakan pertukaran dan komunikasi tentang isu-isu serantau dan antarabangsa.
Mereka menegaskan kedudukan teras ASEAN dalam urusan serantau di samping membincangkan kewujudan kedamaian, kestabilan dan pembangunan di rantau ini.
Selain sidang menteri luar itu, siri mesyuarat seperti sidang dua hala dan pelbagai hala antara ASEAN dengan rakan dialog, sidang menteri luar Sidang Kemuncak Asia Timur dan sidang menteri luar forum rantau ASEAN turut diadakan di Jakarta pada 8 hingga 14 Julai ini.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ©2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang