Lawatan Setiausaha Perdagangan AS ke China Masih Dibincangkan

(CRI)Jumaat 14 Julai 2023

China bersikap terbuka dan mengalu-alukan lawatan Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat (AS), Gina Raimondo ke negara ini.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shu Jueting dalam sidang akhbar di Beijing pada Khamis.

Shu berkata, lawatan Raimondo masih dalam perbincangan kedua-dua pihak.

Beliau berkata, pihak China akan terus berusaha untuk menyelesaikan keprihatinan kedua-dua pihak dalam bidang ekonomi dan perdagangan, menggalakkan kerjasama yang pragmatik dan membina melalui dialog.

Beliau menambah, pada tahun-tahun kebelakangan ini, AS menyenaraikan banyak syarikat China dalam 'senarai hitam' dengan alasan seperti keselamatan, hak asasi manusia, isu Xinjiang dan lain-lain. Ini menjejaskan hak dan kepentingan sah syarikat terbabit dan dibantah keras oleh China.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan