- Lain-lain
Xi Ditemui Presiden Guyana di Chengdu
Presiden China Xi Jinping telah ditemui rakan sejawatnya dari Guyana, Mohamed Irfaan Ali yang bakal menghadiri upacara perasmian Sukan Universiti Dunia (Universiade) Musim Panas yang ke-31 di bandar Chengdu dan menjalankan lawatan di China pagi tadi.
Menurut Xi, China dan Guyana mempunyai persahabatan yang bersejarah lama, walaupun terdapat jarak jauh antara kedua-dua negara. Tahun ini ulang tahun ke-170 bermulanya orang Cina bermastautin di Guyana. Sebagai salah satu daripada 6 etnik utama di negara itu, kaum Cina merupakan penyumbang penting bagi pembangunan sosioekonomi tempatan.
Hubungan China dengan Guyana, negara yang paling awal di rantau Caribbean yang mengiktiraf prinsip Satu China dan menjalinkan hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China, adalah teruji dalam pergolakan di pentas dunia dalam setengah abad lalu. Kedua-dua negara telah menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik pada tahun yang lalu. Melihat ke depan, China dan Guyana perlu berkongsi peluang, bersama-sama menghadapi cabaran, merancangkan kerjasama, mendorong pembangunan di samping membina komuniti berkongsi nasib kedua-dua negara yang lebih rapat.