Xi Hadir Upacara Perasmian Universiade, Seru Tingkatkan Kesatupaduan Melalui Sukan

(CRI)Isnin 31 Julai 2023

Sukan Universiti Musim Panas Dunia (Universiade) yang ke-31 dirasmikan di bandar Chengdu malam semalam, dan turut disempurnakan dengan kehadiran Presiden China, Xi Jinping.

Seramai 6,500 orang atlet dari 113 buah negara dan kawasan bakal beraksi dalam temasya sukan itu.

Dalam jamuan sambutan semalam, Xi menyeru agar meningkatkan kesatupaduan melalui sukan, mengumpulkan tenaga positif untuk masyarakat antarabangsa, bersatu-padu menghadapi cabaran global seperti perubahan iklim, krisis bijirin dan keganasan di samping menerokai masa depan yang baik melalui kerjasama.

Inilah cerminan Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan yang diinisiatifkan beliau dan juga nilai-nilai yang diamalkan bersama oleh masyarakat manusia.

Xi pernah menyatakan bahawa hasrat rakyat pelbagai negara demi kehidupan baik merupakan yang kita usahakan bersama. Aliran zaman yang mengutamakan keamanan, pembangunan, kerjasama dan menang-memang adalah tidak terhalang. Sebagai temasya sukan yang khususnya untuk golongan belia, Universiade pasti akan menyaksikan banyak wajah baharu dan muda berusaha menunjukkan prestasi yang terbaik dalam suasana meriah.

Xi menaruh harapan tinggi terhadap golongan muda sedunia. Menurut beliau, masa depan manusia, usaha keamanan dan pembangunan bergantung pada golongan muda yang bercita-cita besar dan bertanggungjawab. Beliau berharap orang muda dapat memandang dunia dan tamadun dari sudut yang sama rata, inklusif dan ramah mesra, melihat kebudayaan asing yang pelbagai dengan sikap menghargai dan saling membelajari, dan komited mendorong keamanan dan pembangunan dunia melalui kemudaan mereka yang dinamik.

Berita Berkaitan