Taufan Doksuri Badai Filipina, 25 Maut

(CRI)Isnin 31 Julai 2023

Taufan Doksuri membadai Filipina, menyebabkan sekurang-kurangnya 25 maut, 52 orang cedera, dan 20 lagi masih dilaporkan hilang.

Menurut maklumat terkini Jawatankuasa Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Negara Filipina (NDRRMC), lebih daripada 2.39 juta penduduk dari 47 provinsi terjejas.

Pada masa ini, seramai 310 ribu mangsa telah dipindahkan ke 737 pusat penempatan sementara.

Berita Berkaitan