- Lain-lain
Universiade Chengdu di Mata Tetamu Asing
![]() |
'Penuh semangat, ramah mesra, sangat meriah’.
Ketiga-tiga gambaran tersebut merupakan antara luahan tetamu asing terhadap Sukan Universiti Dunia Musim Panas (Universiade) ke-31 yang sedang berlangsung di Chengdu.
Seorang pegawai Persekutuan Sukan Universiti Antarabangsa (FISU), Brian Carrer berkata, semangat dedikasi ditunjukkan para petugas yang berkhidmat untuk temasya itu memberi impresi yang mendalam buat beliau.
Menurut pegawai perhubungan media Iran, Mohammad Hassan Fahimeh, senyuman kelihatan terukir pada wajah setiap sukarelawan yang bertugas di venue, gelanggang dan lokasi-lokasi lain.
Beliau memuji penganjuran temasya berkenaan sebagai sangat baik, dan semua pegawai sukarelawan begitu peramah dan mesra.
Bagi wartawan dari Brazil, iaitu Pedro Consoli, ini adalah kali pertama beliau menjejakkan kaki ke China.
Jelasnya, seluruh bandar Chengdu diselubungi suasana meriah dan beliau tertarik dengan budaya minum makan masyarakat tempatan, selain turut dapat mengenali ramai kawan baharu.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
- Sukarelawan Universiade Pakai Teknologi Baharu Sejukkan Badan
- Universiade Chengdu, Pengikat Cinta Sepasang Atlet China
- China Duduki Tempat Teratas Kutipan Pingat Universiade
- Perasmian Universiade ke-31 di Chengdu Penuh Gemilang
- Presiden Xi Umumkan Perasmian Universiade ke-31
- Persidangan Akademik Dunia FISU Diadakan di Chengdu
- Presiden Xi Umumkan Perasmian Sukan Universiade ke-31
- Xi Hadir Majlis Perasmian Sukan Universiade ke-31
- Presiden China Adakan Majlis Jamuan Menyambut Kedatangan Tetamu Antarabangsa
- Sukan Universiade ke-31 Buka Tirai Hari Ini