- Lain-lain
CIFTIS 2023 Temui Pengunjung Awal September
(CRI)Rabu 02 Ogos 2023
Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2023 dijadual berlangsung selama lima hari di Beijing secara hibrid mulai 2 September, dengan menyediakan ruang pameran seluas 155,000 meter persegi.
Siri aktiviti termasuk sidang kemuncak perdagangan perkhidmatan global, forum dan sesi promosi akan turut diadakan sempena pameran edisi kali ini.
Memfokuskan tema keterbukaan, kerjasama, inovasi dan kebijaksanaan, CIFTIS 2023 akan mengetengahkan perkhidmatan pintar dan pencapaian inovatif, selain mempamerkan teknologi dan pengaplikasian baharu membabitkan kecerdasan buatan (AI) dan metaverse, serta integrasi perindustrian dan perlindungan alam sekitar.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ©2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang