China Umum Senarai Destinasi Baharu Lawatan Berkumpulan ke Luar Negara

(CRI)Jumaat 11 Ogos 2023

China mengumumkan 78 buah negara sebagai destinasi baharu lawatan berkumpulan rentas sempadan bermula Khamis, sekali gus menjadikan jumlah yang tersenarai bertambah kepada 138.

Menurut Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan (MCT), Amerika Syarikat, Britain, Jepun dan Turki antara yang dimasukkan dalam senarai kelompok ketiga destinasi lawatan berkumpulan ke luar negara.

Ia sekali gus menandakan pengembaraan rentas sempadan semakin rancak, dan pasaran pelancongan menunjukkan prospek pemulihan yang lebih kukuh.

Video

Berita Berkaitan