Artikel Xi mengenai Modenisasi Ala China Diterbitkan

(CRI)Rabu 16 Ogos 2023

Presiden China, Xi Jinping menyifatkan modenisasi ala China sebagai 'jalan yang lebar dan rata' yang menuju ke arah pembangunan negara yang kuat dan kebangkitan nusa dan bangsa. Huraian yang terperinci terkandung dalam artikelnya di Jurnal Qiushi edisi ke-16 2023 terbitan hari ini.

Xi dalam artikel ini menekankan bahawa modenisasi ala China bukan sahaja mempunyai ciri-ciri pemodenan pelbagai negara yang sama, malahan juga mempunyai keistimewaan tersendiri yang menonjol yang serasi dengan keadaan negara China.

Xi menekankan dalam huraiannya bahawa fakta modenisasi ala China boleh dilaksanakan dengan lancar dan konsisten, dan merupakan satu-satunya jalan tepat menuju ke arah pembangunan negara yang kuat dan kebangkitan nusa dan bangsa, adalah terbukti.

Video

Berita Berkaitan