Ekspo EACT 2023 Buka Tirai

(CRI)Jumaat 18 Ogos 2023

Ekspo Komoditi dan Perdagangan Eurasia (EACT) 2023 yang bertemakan "Semarakkan Semangat Laluan Sutera, Intensifkan Kerjsama Eurasia" telah membuka tirai di Urumqi, Xinjiang pagi tadi.

Ruangan pameran seluas 70 ribu meter persegi dalam ekspo yang akan berlangsung selama 5 hari itu melibatkan tiga zon pameran yang masing-masing untuk kerjasama pelaburan, produk import dan perdagangan komoditi.

Secara terperinci, zon perdagangan komoditi merangkumi 6 aspek termasuk perindustrian sumber tenaga, kehidupan pintar, industri pelancongan dan kebudayaan, digitalisasi dan teknologi canggih, makanan dan hasilan pertanian, pakaian dan produk tekstil.

Sementara itu, lebih 1,300 syarikat dari 40 buah negara dan kawasan serta 7 buah persatuan antarabangsa akan menyaksikan berlangsungnya sebanyak 33 acara promosi pelaburan dan perdagangan dalam temasya eskpo kali ini.

Video

Berita Berkaitan