CCG Komited Kuatkuasakan Undang-undang, Bela Kepentingan Negara

(CRI)Rabu 23 Ogos 2023

China dengan tegas menentang Filipina menghantar bahan binaan ke kapal perang yang ditempatkannya di sekitar terumbu Ren'ai.

Bantahan itu dizahirkan jurucakap Pengawal Pantai China (CCG), Liu Dejun susulan dua kapal pembekal dan dua kapal polis marin Filipina menceroboh masuk perairan di sekitar terumbu kepulauan Nansha China itu, pada Selasa.

Liu berkata, berdasarkan prinsip kemanusiaan, pihaknya membuat aturan sementara termasuk memberikan barang keperluan seharian seperti makanan kepada kapal perang Filipina itu, memandangkan ia tidak terlibat dalam penghantaran bahan binaan berskala besar.

Beliau menegaskan bahawa CCG komited terus menjalankan operasi penguatkuasaan undang-undang di kawasan perairan berkenaan bagi membela kepentingan negara.

Video

Berita Berkaitan