China Tambah Baik Undang-undang Berkaitan Keselamatan Awam

(CRI)Isnin 28 Ogos 2023

Draf pindaan Undang-undang Republik Rakyat China mengenai Penalti bagi Pentadbiran Keselamatan Awam diserahkan kepada sesi kelima Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 untuk dibahaskan, hari ini.

Difahamkan, semakan undang-undang berkenaan mencakupi butiran mengoptimumkan dan menambah baik prosedur pelaksanaan hukuman membabitkan keselamatan awam, dengan tujuan mengekalkan ketenteraman awam.

Undang-undang itu diwartakan pada 2005 dan berkuat kuasa sejak 1 Mac 2006. Ia berperanan penting dalam menjaga keamanan masyarakat, serta melindungi hak dan kepentingan sah warganegara dan pertubuhan berkenaan.

Video

Berita Berkaitan