PM Li Bakal Hadiri Persidangan Pemimpin Kerjasama Asia Timur

(CRI)Isnin 04 September 2023

Perdana Menteri China Li Qiang akan menghadiri siri persidangan pemimpin kerjasama Asia Timur yang dijadual berlangsung di Jakarta, Indonesia bermula 5 hingga 8 September.

Perkara itu diumumkan jurucakap Kementerian Luar Wang Wenbin Jumaat lalu.

Difahamkan, PM Li dijadual menghadiri Sidang Kemuncak China-ASEAN (10+1) ke-26, Sidang Kemuncak ASEAN-China, Jepun, Korea Selatan (10+3) ke-26 serta Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) ke-18.

Beliau juga akan melakukan lawatan rasmi ke Indonesia atas jemputan Presiden negara itu Joko Widodo.

Video

Berita Berkaitan