Xi Jinping Ucapkan Tahniah kepada Forum Pembangunan Belia Rentas Selat Ke-6

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 15 September 2023

Presiden China Xi Jinping mengucapkan tahniah kepada Forum Pembangunan Belia Rentas Selat Ke-6 yang dirasmikan di bandar Hangzhou, provinsi Zhejiang hari ini.

Beliau menyatakan bahawa golongan belia ialah harapan negara dan masa depan bangsa Ching. Forum tersebut sebagai platform penting untuk golongan belia dari kedua-dua belah Selat Taiwan untuk bertukar-tukar idea, memupuk persefahaman, dan belajar antara satu sama lain.

Xi menzahirkan harapannya agar melalui forum itu, lebih ramai belia di Tanah Besar dan Taiwan dapat menjadi sahabat karib dan menyumbangkan tenaga untuk mendorong hubungan kedua-dua belah Selat Taiwan berkembang damai, dan mempromosikan penyatuan semula negara.

Video