Xi Jinping Ucapkann Tahniah kepada Gabenor General Papua New Guinea

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 18 September 2023

Presiden China Xi Jinping mengucapkan tahniah kepada Gabenor General New Guinea Bob Dadae bersempena sambutan ulang tahun ke-48 kemerdekaan negara itu.

Xi dalam perutusan tahniahnya menyatakan, pertukaran dan kerjasama antara China dengan Papua New Guinea dalam pelbaga bidang semakin meningkat dan memberi limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara sejak ikatan diplomatik terjalin.

"China dan Papua New Guinea merupakan negara penting di rantau Asia-Pasifik. Kedua-dua negara mempunyai kepentingan bersama dan ruang kerjasama yang meluas dalam pemeliharaan keadilan dan kesamarataan antarabangsa.

"China amat mementingkan hubungan dengan Papua New Guinea dan bersedia berusaha bersama dengan Gabenor General Bob Dadae, untuk menggalakkan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara ke tahap baharu, demi membawa lebih banyak kesejahteraan kepada rakyat. "kata Xi.

Video