Naib Presiden China Han Zheng akan Hadir UNGA

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 18 September 2023

Naib Presiden China Han Zheng akan menghadiri perbahasan umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 pada 18 hingga 23 September.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China Mao Ning dalam sidang akhbar di Beijing pada Jumaat.

Menurutnya, Han Zheng akan menghadiri Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Mampan PBB, Sidang Kemuncak Ambisi Iklim dan mesyuarat peringkat tinggi pameran hasil kerjasama Inisiatif Pembangunan Global anjuran China.

Selain itu, beliau juga akan mengadakan rundingan dua hala dengan Setiausaha Agung PBB, Presiden UNGA ke-78 dan pemimpin beberapa negara.

Video