China Harap Bersama G77 Wujudkan Era Baharu Pembangunan

(CRI)Isnin 18 September 2023
China Harap Bersama G77 Wujudkan Era Baharu Pembangunan

Kumpulan 77 Negara (G77) dan China perlu terus berpegang kepada visi dan misi yang menekankan kemandirian dan solidariti untuk pembangunan bersama, mengamalkan nilai-nilai yang sama milik umat manusia, menyelesaikan perselisihan dan persengketaan antara negara secara damai dan bersinergi memelihara kedamaian dan keamanan dunia.

Demikian diujar Li Xi, utusan khas Presiden China Xi Jinping, ketika menghadiri Sidang Kemuncak G77-China dan menyampaikan ucapan pada Jumaat minggu lalu di sini.

Li yang juga anggota tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Setiausaha Suruhanjaya Pemerikasaan Disiplin Pusat PKC berkata, G77 dan China diharap menyemarakkan semangat keadilan, saksama dan inklusif untuk menggalakkan penggubalan dan pelaksanaan pelbagai agenda Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) selaras dengan kepentingan pembangunan negara-negara membangun.

'Selain itu, hendaklah memegang konsep tadbir urus global yang menekankan rundingan bersama, pembinaan bersama dan kesudian berkongsi untuk melantangkan suara negara-negara membangun dan menjadikan mereka semakin relevan di pentas dunia. G77 dan China juga perlu menggembleng tenaga menghidupkan semula Perkongsian Pembangunan Sejagat, kata Li.

'Sistem kerjasama sains dan teknologi Selatan-Selatan yang terbuka, inklusif dan saling menguntungkan patut dibentuk supaya dapat membantu pelbagai negara menikmati dividen pembangunan digital secara sama rata dan memastikan negara membangun mana-mana pun tidak ketinggalan dalam pemnbangunan teknologi dan industri baharu, tegaskan Li.

'China sebagai negara membangun terbesar di dunia, sama dengan negara membangun yang lain merupakan satu komponen dalam komuniti berkongsi nasib. Negara ini bersedia bersama dengan annggota G77 menginspirasikan impak sosial secara maksimum dalam pembinaan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang tersenarai sebagai produk awam, mengatasi masalah pembangunan dan membina Komuniti Berkongsi Nasib Selatan Global demi pembangunan bersama pada era baharu,' tambah beliau.

Video