- Lain-lain
Xi Balas Surat Pengerusi SAAHF, Tentera Veteran AS
(CRI)Selasa 19 September 2023
Presiden China Xi Jinping membalas surat daripada Pengerusi Yayasan Warisan Penerbangan Sino-Amerika (SAAHF) Jeffrey Greene serta tentera veteran Flying Tigers, Harry Moyer dan Mel McMullen pada Selasa minggu lalu.
Dalam surat itu, Xi berkata asas hubungan China-AS berakar di kalangan rakyat dan masa depannya di bahu belia.
Beliau meluahkan harapan supaya semangat Flying Tigers terus disemarakkan dari generasi ke generasi di kalangan rakyat kedua-dua negara.
Xi turut menyampaikan penghargaan atas kunjungan dilakukan hampir 500 veteran juruterbang jet pejuang Flying Tigers serta ratusan anggota keluarga mereka ke China setakat ini.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ©2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang