China Jadi "Pusat Inovasi Dunia", Kata Presiden Syria

(CRI)Khamis 05 Oktober 2023

Presiden Syria, Bashar al-Assad berkata, China yang pernah dikenali sebagai "kilang dunia" atau "kilang komoditi dunia", kini muncul sebagai "pusat inovasi dunia".

Presiden Syria itu sempat menerima wawancara eksklusif dengan Kumpulan Media China (CMG) sempena menghadiri upacara perasmian Sukan Asia di Hangzhou pada 21 hingga 26 September lalu.

Beliau menyatakan bahawa lawatan kali terakhirnya ke China adalah pada 19 tahun lalu, dan beliau sendiri dapat melihat pembangunan yang amat pesat dicapai China dalam 19 tahun itu.

Dalam pertemuan Bashar dan rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping di Hangzhou, kedua-dua pemimpin bersama-sama mengumumkan terjalinnya hubungan perkongsian strategik China-Syria.

Bashar mengatakan, China merupakan negara gergasi dan memainkan peranan yang amat penting di arena antarabangsa. China mempertahankan hubungan antarabangsa model baharu dan menentang hegemonisme.

"China menghulurkan bantuan kemanusiaan kepadas Syria dan membantu rakyat negara saya mengurangkan penderitaan," kata Bashar.

Menurutnya, pihaknya akan mengadakan sesi mesyuarat dan perbincangan untuk menetapkan mekanisme untuk mendorong pelaksanaan projek-projek yang dicapai kedua-dua pihak.

Pada Januari tahun lalu, Syria mengumumkan untuk menyertai inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Bashar berkata, BRI saling melengkapi dengan pelbagai inisiatif yang dikemukakan oleh Presiden Xi termasuk Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif Keselamatan Global (GSI) dan Inisiatif Peradaban Global (GCI).

"Pembangunan tidak boleh terpisah dengan keselamatan. Dengan wujudnya pembangunan dan keselamatan, pertalian peradaban, moral dan budaya antara pelbagai negara baru dapat diteruskan.

"BRI bukan sahaja inisiatif China, ia inisiatif seluruh dunia," kata Bashar.

Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan BRI memerlukan kerjasama organisasi antarabangsa supaya ia dapat dilaksanakan di seluruh dunia.

Video

Berita Berkaitan