- Lain-lain
'Penyelesaian Dua Negara', Jalan Keluar Krisis Palestin-Israel: Utusan China
Jalan keluar bagi menamatkan konflik Palestin-Israel terletak pada pelaksanaan 'penyelesaian dua negara', kata utusan khas kerajaan China bagi isu Asia Barat, Zhai Jun.
Zhai mengadakan perbincangan dengan pembantu menteri Jabatan Palestin Kementerian Luar Mesir, Osama Khedr berhubung perkembangan terkini situasi Palestin-Israel menerusi panggilan pada Selasa.
Beliau berkata China amat prihatin terhadap ketegangan yang semakin meruncing antara Palestin dengan Israel, dan merasa sedih apabila melihat sejumlah besar korban awam akibat konflik itu.
"Kami (China) menentang dan mengecam tindakan yang membawa mudarat kepada orang awam dan menyeru persetujuan gencatan senjata dicapai serta-merta," kata Zhai.
Utusan khas itu turut meluahkan hasrat ingin mengekalkan komunikasi dan koordinasi dengan Mesir untuk menggerakkan pihak-pihak berkonflik supaya bertindak menghentikan keganasan yang sedang berlaku di Gaza.
"Masyarakat antarabangsa harus membentuk sinergi untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin dan mencegah krisis kemanusiaan Palestin terutamanya di Gaza bertambah buruk," ujar Zhai.
Dalam pada itu, Khedr menzahirkan penghargaan atas pendirian China dalam isu Palestin, dengan mengatakan bahawa Mesir bersedia bekerjasama dengan China untuk melakukan usaha ke arah meredakan keadaan di kawasan berkenaan.
- China Seru Israel dan Palestin Bertenang, Elak Ketegangan Meruncing
- Lebih 1,100 Orang Maut dalam Konflik Palestin-Israel
- Konflik Palestin-Israel Pusingan Baharu Ragut 400 Nyawa
- China Seru Selesai Isu Palestin secara Adil dan Tuntas
- China Seru Rundingan Damai Palestin-Israel Disambung Semula
- Palestin, Israel Komited Akhiri Kesemua Sekatan Sepihak
- UNSC Komited Selesai Pertikaian Palestin-Israel
- China Prihatin Ketegangan Hubungan Palestin-Israel
- Tentera Israel Serbu Bandar Jericho
- Abbas, Blinken Berunding di Ramallah