Sokongan Ketenteraan AS ke Israel "Dalam Perjalanan", Kata Pegawai White House

(CRI)Rabu 11 Oktober 2023

Amerika Syarikat (AS) tidak merancang untuk menghantar tentera ke Israel, namun akan memenuhi permintaan Israel semampu boleh.

Demikian dinyatakan oleh Penyelaras Komunikasi Strategik Majlis Keselamatan Kebangsaan White House, John Kirby pada Isnin.

Menurut Kirby, bantuan ketenteraan kumpulan pertama dari AS "dalam perjalanan ke Israel", dan lebih banyak bantuan akan diumumkan pada beberapa hari nanti.

Sementara itu, seorang pegawai Pentagon mendakwa bahawa AS telah pun memberikan sejumlah besar peralatan pertahanan udara dan senjata kepada Israel dalam masa terdekat.

Video

Berita Berkaitan