- Lain-lain
Laman Web Rasmi, Laman Web Pusat Berita BRF ke-3 Dilancarkan
Laman web rasmi (http://www.beltandroadforum.org/) Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) ke-3 dilancarkan pada 11 Oktober.
Laman web rasmi tersebut dibentangkan dalam versi bahasa Mandarin dan bahasa Inggeris, menyiarkan maklumat berkaitan BRF ke-3 tepat pada masanya. Selain itu, laman web rasmi tersebut melancarkan sistem interaktif “Jalur dan Laluan hubungkan dunia”, menggunakan permainan soal dan jawab serta peta 3 dimensi untuk membantu netizen meneroka pembinaan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). Klik pautan laman web berikut untuk mengetahui hasil kerjasama utama BRI dalam 10 tahun. (http://earth.beltandroadforum.org/ydyl/earth/index.html)
Laman web rasmi pusat berita BRF (http://www.brfmc2023.cn) dilancarkan pada hari yang sama, dan akan menyediakan maklumat dan perkhidmatan kepada wartawan China dan asing.