- Lain-lain
Xi Balas Surat kepda Saintis Tersohor Cuba
Presiden China Xi Jinping membalas surat kepada saintis tersohor dari Cuba, Pedro mutakhir ini.
Xi menyatakan, Pedro membaktikan diri dalam usaha merapatkan persahabatan antara Cuba dengan China, mendorong kerjasama penyelidikan saintifik antara China dengan negara luar, dan mencapai pelbagai kemajuan signifikan. Xi mengucapkan tahniah kepada Pedro dan kumpulan kerja pimpinannya.
Xi menegaskan bahawa kerjasama sains dan teknologi antarabangsa merupakan arus perkembangan sezaman.
"Tahun ini ulang tahun ke-10 saya menganjurkan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). Aspirasi saya menganjurkan inisiatif ini adalah untuk meneroka kaedah baharu pembangunan bersama pelbagai negara."
"Saya berharap China dan Cuba akan mengintensifkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk sains dan teknologi agar memberikan limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara", kata Xi.
Wartawan Asing Saksi Kehangatan Liga Bola Keranjang Desa di Guizhou
Sanjiangyuan: Selangkah Saja dari Langit
Jelajah Inspirasi China: BRI Dipuji Pegawai Tanzania kerana Galakkan Kerjasama, Ketersambungan global
Lawatan Inspirasi ke Seluruh China: Guru dari Malta Puji BRI
Melangkaui Batasan: Perjalanan Gadis 16 Tahun