Majlis Sambutan Ulang Tahun Lawatan Philadelphia Orchestra Diadakan di Beijing

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 10 November 2023
Majlis Sambutan Ulang Tahun Lawatan Philadelphia Orchestra Diadakan di Beijing
Pada 9 November, satu maljlis diadakan di Beijing bagi menyambut ulang tahun ke-50 lawatan Philadelphia Orchestra ke China, dihadiri tokoh-tokoh pelbagai bidang dari China dan Amerika Syarikat. (China Daily/Jiang Dong)

Pada 9 November, satu maljlis diadakan di Beijing bagi menyambut ulang tahun ke-50 lawatan Philadelphia Orchestra ke China, dihadiri tokoh-tokoh pelbagai bidang dari China dan Amerika Syarikat.

Presiden Persatuan Rakyat China untuk Persahabatan dengan Negara Asing, Yang Wanming dalam ucapannya berkata, 50 tahun yang lalu, Philadelphia Orchestra mengadakan lawatan pertama yang bersejarah ke China. Mereka juga orkestra AS pertama yang membuat persembahan di Republik Rakyat China.

Peristiwa tersebut dilihat sebagai lawatan “memecah ais” bagi pertukaran antara China dan AS dalam bidang kesenian dan memainkan peranan penting dalam mendorong penjalinan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Dalam 50 tahun yang lalu, orkestra itu telah membuat lawatan ke China sebanyak 12 kali dan mendekatkan hati rakyat kedua-dua negara, kata beliau.

Duta Besar AS ke China R. Nicholas Burns pula berkata, Philadelphia Orchestra telah membuat sumbangan yang cukup menonjol dalam pertukaran budaya antara dua negara ini. Dalam 50 tahun yang lalu, orkestra bukan sahaja membawa persembahan ke China, tetapi juga mengundang artis China untuk menyertai orkestra dan menjalinkan kerjasama yang cukup lama dan luas dengan institut-institut China. Beliau yakin pertukaran antara kedua-dua negara akan dipertingkatkan lagi dengan usaha yang berterusan.

Pada 9 November, satu maljlis diadakan di Beijing bagi menyambut ulang tahun ke-50 lawatan Philadelphia Orchestra ke China, dihadiri tokoh-tokoh pelbagai bidang dari China dan Amerika Syarikat. (China Daily/Jiang Dong)
Pada 9 November, satu maljlis diadakan di Beijing bagi menyambut ulang tahun ke-50 lawatan Philadelphia Orchestra ke China, dihadiri tokoh-tokoh pelbagai bidang dari China dan Amerika Syarikat. (China Daily/Jiang Dong)

Video

Berita Berkaitan