- Lain-lain
China, Jepun Ikrar Baik Pulih Hubungan
Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Wang Yi mengadakan pertemuan dengan Penasihat Khas Kabinet Jepun dan Ketua Setiausaha Sekretariat Keselamatan Negara Jepun, Takeo Akiba di Beijing pada Khamis.
Rundingan Mekanisme Dialog Politik Peringkat Tinggi China-Jepun turut diadakan.
Dalam pertemuan tersebut, Wang yang juga Ketua Pejabat Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat PKC menghuraikan pendirian China mengenai hubungan China dan Jepun pada masa ini, dan menyatakan pendekatan betul untuk membaik pulih serta mengembangkan hubungan dua hala.
Kedua-dua pihak mengulangi pendirian untuk menaati prinsip empat dokumen politik, bersama-sama menggalakkan hubungan bilateral kembali ke landasan pembangunan yang sihat dan stabil.
Wang dan Akiba bersetuju untuk mengekalkan komunikasi mengenai perkara tersebut.
Sementera itu, Wang juga menjelaskan pendirian dan keprihatinan China berhubung pelepasan air sisa radioaktif dari Loji Fukushima ke Laut, isu Taiwan dan sejarah.
Beliau menggesa Jepun supaya menterjemahkan kenyataan yang bersedia membaik pulih hubungan dengan China ke dalam tindakan konkrit dengan secepat mungkin.
Medan Minyak Ultra-Dalam Terbesar di China Mula Operasi
Terokai Muzium Sains dan Teknologi Internet Dunia di Wuzhen
Dari Latitud 31 hingga 39 Utara, Mari Terokai Keindahan Qinghai
Cangzhou: Bandar Wushu Bersejarah yang Merasai Manfaat BRI
Wartawan Eurasia Teroka Warisan Budaya Tak Ketara Etnik Miao di Guizhou
- China, Jepun Bersedia Galakkan Perkembangan Hubungan Bilateral
- Bina Hubungan China-Jepun yang Membina dan Mantap
- Majlis Anugerah Pertandingan Fotografi “China di Mata Orang Jepun” ke-3 Diadakan di Tokyo
- China, Jepun Harus Bina Hubungan Dua Hala Sesuai Keperluan Era Baharu: Wang Yi
- China, Jepun Adakan Rundingan Urusan Maritim
- Harap Hubungan Jepun, Korea Selatan Kondusif bagi Ketenteraman Serantau
- China, Jepun Adakan Rundingan Perkongsian Ekonomi ke-16
- Jepun Digesa Bertindak Baiki Hubungan dengan China
- China, Jepun Ikrar Laksana Konsensus, Perkasa Kolaborasi
- PM Li: Kekalkan Hubungan Kukuh dan Stabil Penting bagi Kepentingan China-Jepun